Rumah Darul Hana | Abang Jo jamin pelan perumahan strategik dilaksana

2022-09-22 0

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan pelan perumahan yang strategik akan diaplikasikan untuk membangunkan kediaman penduduk di kawasan pesisir.

Jelasnya, kerajaan akan memastikan penduduk terutamanya di kawasan kampung mempunyai aset yang bernilai tinggi serta kediaman yang kondusif dan selamat didiami untuk bergenerasi.